Sulit
4 tahun
Period lambat & sesak nafas
Assalamualaikum, sy 30,belum berkawin. bulan ni dan bulan lepas period sy tidak teratur… bulan lepas period lewat 10 hari, bulan ni period sy dah lewat 3 hari dan masih menunggu period dtg… dan bulan lepas jgk dlm seminggu sy mengalami sesak nafas, nafas pendek terumatama ketika bercakap, susah nk sendawa… bulan ni jgk same skrg dan tgh mengalami nye hampir seminggu… sudah jupe doktor chek jantung, jantung okay cuma nadi terlebih laju… sy risau sebenar nye ni. sy sakit ape ye doktor😂
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Manakala masalah kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Alahan -terutama jika kerap berlaku setelah memakan makanan tertentu. Digalakkan untuk mengelak pengambilan makanan yang dikenalpasti.
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Penyakit jantung koronari
- anxiety
Sekiranya masalah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan sewajarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























