
Sulit
5 tahun
Period lewat 2 hari, perlu check upt
hi, sy berusia 22an, sy lewat perid selama 2 hari pada bulan lepas, perlukah saya membuat upt. terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid lambat yang dialami oleh anda. Untuk pengetahuan anda, selain kehamilan terdapat banyak sebab untuk haid lambat. Antaranya:
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Pada pendapat saya, sekiranya haid anda belum datang dari bulan lepas hingga sekarang, mungkin anda boleh melakukan ujian kehamilan melalui air kencing. Namun begitu jika hanya bulan lepas haid anda lambat 2 hari namun kemudian anda datang haid dan bulan ini anda sudah datang haid, maka tiada keperluan untuk anda melakukan ujian kehamilan kerana kemungkinan untuk anda mengandung adalah nipis.
Jawapan berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih.