
Sulit
5 tahun
Period lewat 3 bulan
Saya wanita 29tahun, ibu utk anak 9tahun sebelum ini saya makan pil perancang 5tahun . Baru saja plan untuk anak no.2 berhenti mkn ubat bln march, 2019 april period lewat , bln 5 ada period , June , July, Aug tak de keluar period. Saya pergi klinik doktor check dan scan kata sy tak de mengandung darah beku dekat rahim bagi ubat untuk keluar haid. Ubat itu sy makan habis samapi sekarang darah tak keluar. Sy risau sangat tolon bantu saya …nak mengandung anak no.2.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, haid dapat dikatakan lewat apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada keadaan anda yang baru sahaja berhenti menggunakan pil perancang, harus diingatkan bahawa waktu kesuburan setelah menggunakan pil perancang memakan masa selama 4 bulan hingga 1 tahun untuk kembali. Justeru, terdapat kemungkinan puan belum lagi ovulasi sejak terakhir menggunakan pil perancang. Seandainya anda meragui ovulasi anda, boleh melakukan tes sederhana seperti ovulation prediction kit (OPK) setiap anda pertengahan kitaran haid yang rutin.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.