Sulit
5 tahun
Period lewat 4 bulan dan sengugut yang teruk mengeluarkan seketul daging yang banyak
saya 20 an , sejak dari sekolah menengah gaid saya jadi tak teratur , period datang 2 bulan sekali , kadang 4 bulan , bila datang sengugut yang sakit sekali , mengeluarkan seketul daging berwarna putih , adakah saya keguguran , saya sudah berkahwin dan seorang cahaya mata.
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Antara simptom keguguran ialah pendarahan (tumpah darah) dan sakit di bahagian bawah perut semasa hamil kurang daripada 12 minggu. Pendarahan yang sedikit dan rasa kurang selesa di bahagian perut boleh dianggap normal kepada kebanyakkan wanita yang mengandung, akan tetapi kalau pendarahan yang banyak dan sakit itu bertambah; pesakit dinasihatkan berjumpa doktor segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terutamanya pakar O&G. Klik pada link ini DoctorOnCall untuk mendapatkan konsultasi bersama pakar O&G dan klik di sini untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

























