
Anonymous
5 tahun
Period lewat 8minggu
Hai dok… sy umur 28 tahun … ttc 2y4m … belum ada zuriat… last period 20/5/19… bln june sy lewat period… tiada sintom hamil. Cuma puting rasa sensetif. 15hb july (smlm) turun period brown tgh hr diikuti malam mix merah mcm darah kotor sdkit Hari ni hari k2 (16hb july) priod tapi tiada sintom krem prut (sgugut).aliran priod sgt sdkit tak pnuh/spruh pad mcm priod sbelum ni normal pnuh pad. Kalau sy kencing nak basuh baru ada kluar lendir+ darah beku kluar.Sy upt 14hb july tapi upt negatif. Apakah punca haid sy lewat ?apa perlu sy buat…? Tq dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2-8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lewat dari 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.