
Sulit
4 tahun
Period lewat hampir 2 minggu. adakah saya pregnant Doktor
Saya zarina berumur 45 tahun. mengalami lewat datang bulan tuk bulan ni. erti kata lain x datang period lagi Doktor. Biasa period normal memang ontime. first date utk last period saya ialah pd 19 Nov. dah buat ujian upt tapi negatif. yg mnjadi tanda tya adakah saya pregnant Doktor

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah organ wanita - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan atau kehamilan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Bagi mengenalpasti kondisi rahim anda, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul, atau mendapatkan bantuan doktor di klinik/hospital yang terdekat
Untuk makluman anda juga, ujian UPT ini adalah lebih baik diambil pada 1 minggu selepas tarikh haid yang terlepas, ataupun 2 minggu selepas tarikh bersama suami, bagi mendapatkan keputusan yang tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Antara tanda dan gejala awal kehamilan termasuk:
- Mual, muntah & mengidam
- Cepat letih & mengantuk
- Sakit atau pening kepala
- Lebih kerap buang air kecil
- Haid terlambat
- Cairan keluar dari kelamin
- Suhu tubuh meningkat
- Kejang perut
- Sering berdebar
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.