
Sulit
3 tahun
Period lewat lepas buat hsg
Hi dr,bulan 8 sy buat hsg dn both tiub blocked,skrg bulan 9 period sy masih belom dtg…normal ke lepas hsg period akan lewat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman puan, pada prosedur BTL, tiub fallopi dikeluarkan atau dipotong dan diikat dengan benang khas, kemudian ditutup dengan band atau klip, atau kauter, atau dengan tisu parut. BTL bertujuan menghalang sperma daripada mencapai telur.
Jika anda mahu mencuba hamil lagi, cubaan untuk membalik kondisi tiub fallopian ke asal mungkin tidak berfungsi. Malah, setelah disambungkan kembali, ramai wanita masih tidak dapat hamil. Kadar kehamilan pada wanita dengan BTL dalam tempoh 10 tahun adalah 18-37 orang dari setiap 1,000 wanita. Tambahan pula, sekiranya anda merancang untuk hamil setelah BTL terdapat risiko masalah kehamilan, seperti kehamilan ektopik (kandungan luar rahim).
Selain itu, gejala haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.