
Sulit
4 tahun
Period lewat selama 5 hari
Selamat sejahtera, saya wanita 20an dan sudah berkahwin. Pada 2 minggu lepas, saya telah bersama dengan suami (satu hari selepas habis waktu subur) dan pada keesokkan harinya (22-23 jam selepas bersama) saya telah mengambil ubat Mercilon selama 1 minggu. Setelah satu minggu saya bersama dengan suami lagi dan masih mengambil ubat tersebut. Saya sepatutnya period pada 01.04.2021 tetapi saya telah lewat 5 hari.
- Adakah saya akan mengandung?
- Adakah pengambilan ubat Mercilon turut akan membuatkan period saya lambat datang?
- Adakah normal untuk seorang wanita yang lambat datang period lebih daripada 5 hari?
Untuk rekod, saya kali pertama menggunakan ubat Mercilon. Saya mendapati keputihan saya amatlah pekat tetapi tiada tanda-tanda seperti nak period.
Maklumbalas daripada pihak Doktor amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda . Haid lewat 5 hari boleh dikira normal dan mungkin juga adalah disebabkan kesan sampingan pil perancang yang anda ambil.
Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda boleh melakukan ujian kehamilan setelah dua minggu lewat haid daripada tarikah sepatutnya.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.