
Sulit
4 tahun
Period lewat selepas pengambilan vitamin
Period saya lewat 2bulan selepas saya mula mengambil vitamin c blackmores. Adakah vitamin itu punca period saya lewat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Selain kehamilan, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan sewajarnya.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.