
Sulit
4 tahun
Period miss untuk bulan Feb .tapi bulan sebelumnya teratur mcam biasa
Saya nak tanya. Julai 2020 Saya baru lepas melahirkan anak. .waktu umur anak Saya 4bulan . .period dah datang Dan teratur setiap bulan smpai bulan Jan 2021. .tapi bulan Feb 2021. .Saya Tak datang² pda tarikh yg septotnya. .iaitu selalu awl bulan setiap kali datang. .Saya Ada merasa cramp seolah nak period . .tapi Tak keluar². .hnya Ada macam titisan light brown shaja yang kluar. … .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Sekiranya masalah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan sewajarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.