
Sulit
5 tahun
Period more than 2 weeks
im 21, 1/4/2020 saya mengalami keguguran dan saya bleeding for 1 week only dengan rasa sakit sederhana. saya x jumpa doctor bcs saya gugur ketika kandungan 8 minggu, so i thought its a keguguran normal/semula jadi.
then pada 25/3/2020 saya period. at first darah x banyak, just mcm spot. pastu saya stop on 1/4/2020. suddenly after 1/4/2020 saya keluar darah balik and sometimes banyak/sikit til now. kenapa mcm tu eh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUD
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Selain itu, sekiranya anda mengalami pendarahan yang semasa mengandung, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang sesuai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.