
Sulit
3 tahun
Period saya dah tak datang hanpir dua bulan , perlu ke saya ambil pil yasmin?
hai doc ! saya umur 19 dan bujang , saya nak tanya mengenai period saya . period saya dah tak datang hampir dua bulan , dan saya bercadang untuk membeli pil perancang yasmin atau diane 35 bagi membetulkan kitaran haid saya semula . jadi perlu atau tidak saya membeli ? tidak mendatangkan kesan kepada period kalau saya guna pil perancang tersebut ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mengalami haid lewat dan ingin mengetahui jika anda boleh mengambil pil perancang yasmin atau diane 35. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Stres
- Berat badan yang tinggi
- Aktiviti sukan yang berlebihan
- Pengambilan pil perancang atau ubat hormon lain
- PCOS
- Kehamilan
Ubat perancang boleh digunakan untuk merawat masalah haid lewat atau haid yang tidak teratur, namun anda perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat kerana ia boleh mengakibatkan kesan sampingan yang membahayakan diri anda.
Pil perancang Yasmin dan Diane-35 tidak boleh diambil sekiranya anda mempunyai masalah pendarahan abnormal (bleeding disorders), masalah jantung, masalah hati, migrain, atau hypersensitivity. Kesan sampingan bagi ubat-ubat ini adalah :
- Sakit pada payudara
- Loya
- Tompokan darah (spotting) di antara kitaran haid
- Kenaikan berat badan
- Sakit kepala
- Pengurangan libido
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor mengenai masalah ini supaya puncanya boleh disiasat dan rawatan yang tepat diberikan sekiranya perlu.
Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama pakar doktor sakit puan untuk nasihat yang lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar sakit puan.