
Sulit
4 tahun
Period saya lambat habis tapi sikit sikit
hai saya berumur 20 tahun dan period saya mulanya tak teratur so saya amalkan jamu then period sy ok tapi skrg dia jd sikit2 dan lambat habis?..:((

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan fisiologi normal bagi remaja yang baru mencapai haid atau masalah kesihatan pada struktur rahim wanita. Saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi kerana pelbagai persoalan harus diajukan kepada anda. Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Bagi kesan pengambilan jamu, saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana tidak mengetahui jenis jamu serta kandungan jamu yang anda telah ambil. Sebetulnya, pemakanan yang sihat dan gaya hidup aktif boleh membetulkan kitaran haid secara semula jadi.
Oleh itu, Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.