Sulit

2 tahun

Period saya melebihi hari yang sepatutnya yang merupakan pertama kali berlaku sepanjang 25 tahun

Saya berumur 25 tahun dan belum berkahwin. Sebelum ini period saya teratur dan tidak mengalami period pain langsung cuma sakit pinggang. Tetapi saya mula mengalami period pain yang berpanjangan pada bulan puasa pada 17/4/2021 - 22/4/2021 sehingga tidak boleh duduk atau bangun dan period cramps secara tiba-tiba dan sangat sakit. Period pain hanya terjadi pada hari ke2 sehingga ke 6 walaupun pada hari ke5 tiada pendarahan berlaku. Pada bulan may saya period pada 18/5/2021, saya masih mengalami period pain dari ahri ke2 sehingga 6 , tetapi masih ada pendarahan sehingga hari ini 25/5/2021. normal period saya 6 hari atau kurang. Pendarahan tidak banyak sedikit2 sahaja. Yang membuatkan saya risau adalah saya tidak pernah mengalami period pain dan ini kali pertama period saya melebihi hari yang sepatutnya dan pendarahan masih berlaku walaupun sedikit (sangat sedikit). Adakah saya perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan ?

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini iaitu haid berpanjangan. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor risiko seperti usia dan masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kitaran haid. Bagi hampir 50% wanita yang mengalami masalah ini, punca haid berpanjangan tidak diketahui.

Namun, ia adalah penting seseorang itu mendapatkan pemeriksaan yang teliti untuk mengenalpasti jika terdapatnya sebarang masalah melalui sesi bersoal tanya mengenai gejala yang dialami, pemeriksaan fizikal serta ujian tambahan.

Kadangkala, punca menstruasi berlebihan disebabkan oleh apa-apa penyakit atau keadaan yang boleh menjejaskan struktur dan fungsi rahim dan ovari seperti:

  • Dysfunctional uterine bleeding atau istihadah (punca paling biasa)
  • Penggunaan intrauterine contraceptive device atau IUCD
  • Ganggguan anatomi (i.e. polip, kista ovari, fibroid, endometriosis, dll)
  • Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
  • Pelvic inflammatory disease atau radang pelvis kronik
  • Kanser di pintu rahim atau dinding rahim

atau gangguan dari organ yang lain seperti:

  • Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
  • Sistem bekuan darah yang tidak normal
  • Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.

Buat sementara waktu anda boleh:

  • Kerapkan bersenam (yang ringan atau sesuai kondisi tubuh)
  • Mengambil suplemen seperti:
    • zat besi (menggantikan sel darah merah yang hilang)
    • vitamin B & D (membantu gangguan kitaran haid)
    • fish oil (boleh membantu dalam mengurangkan krem haid)
  • Rehat secukupnya
  • Mencatatkan perkembangan gejala (sekiranya berlaku)

Anda perlu segera berjumpa doktor yang terdekat semula, sekiranya mengalami:

  • Pitam atau kelesuan badan
  • Kejang atau menggigil
  • Mual dan muntah
  • Pening atau sakit kepala yang berat
  • Aktiviti atau kerja harian amat terganggu

Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda dan rakan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

menstrual-cycle_problems%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)