
Sulit
4 tahun
Period saya terlewat 3 hari sebelum nikah, lepas 2 minggu saya lakukan hubungan intim dan period lewat 1 bulan dan nak masuk 2 bulan
Saya siti, period saya sepatutnya datang kebiasaan 25 hri bulan. Tetapi masa saya ingin melangsungkan perkahwinan pada akhir bulan 1 iaitu 30/1/2021 period saya datang 29/1/2021
Period saya hanya enam hari sahaja. Selepas 2 minggu saya melakukan hubungan intim bersama suami. Dan saya belum period dah nak masuk 2 bulan. Saya buat pregnant test dah 2 kali tapi naik 1 line sahaja. Keputihan keluar tanpa henti dan menjadi hijau dan warna Coklat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah keputihan, seperti:
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Karang dalam salur kencing
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Bacterial vaginosis
- Penjagaan kemaluan dan kawasan sekitar yang kurang bersih
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Cervicitis
- Vaginitis
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Selain daripada itu, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda juga perlu berjumpa doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Sakit perut atau ari-ari
- Keputihan berbau busuk dan berwarna hijau
- Demam
- Kerap dan sakit ketika membuang air kecil
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.