
Sulit
5 tahun
Period sebulan 2 kali,selang seminggu
saya wanita berumur 20 tahun. saya sudah berkahwin dan mempunyai anak seorang. anak saya berumur 6 bulan. minggu lepas saya telah period,tapi darah tidak banyak. hari ini saya period lagi. adakah itu normal ataupun tidak doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi hanya dangan maklumat yang anda berikan, sukar untuk pihak saya membuat kesimpulan sama ada ianya normal atau tidak. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh berlaku disebabkan anda baru melahirkan bayi. Sekiranya ia disebabkan oleh perkara tersebut kitaran haid anda akan kembali normal selepas seketika.
Namun begitu, terdapart juga sebab lain. Antaranya:
Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.