
Sulit
4 tahun
Period sedikit, berwarna coklat gelap atau terang
Hi. Saya Amyra, 22 dan sudah berkahwin. Period saya tak macam selalu. Hari pertama period keluar darah merah coklat gelap dan sedikit, hari ke 2 pun darah yg sama dan medium. Hari ke 3,4,5 darah warna coklat dan sangat sedikit. hari ini hari ke 5 pun sikit sangat
cuma keluar darah coklat sahaja… jadi disebabkan apa ya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala darah haid berwarna coklat yang dialami boleh dikaitkan dengan kitaran haid yang tidak teratur. Dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur disertai dengan darah kecoklatan. Punca utama ialah:
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah kesihatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Diharapkan juga anda tidak melakukan hubungan bersama suami semasa haid, kerana ia adalah amalan yang tidak sihat dan boleh menyebabkan jangkitan kelamin mudah berlaku.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!