
Sulit
4 tahun
Period semasa ambil pil hormon
hi. sy wanita berumur 26 tahun. baru baru ni, doktor suruh sy makan pil hormon utk regulate hormon sy balik. sebab sy ada sejarah period tak stabil sepanjang 5 tahun. jadi, sy nak tahu, semasa ambil pil hormon, adakah sy akan period?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Pil hormon sememangnya merupakan salah satu rawatan pilihan yang boleh digunakan pada gangguan kitaran haid wanita. Namun, untuk mengetahui jumlah dos dan kaedah penggunaan pil hormon tersebut, adalah lebih baik anda berkonsultasi semula dengan doktor anda sebelum ini, kerana mereka lebih mengetahui kondisi kesihatan anda secara menyeluruh.
Apakah seseorang individu itu akan haid ataupun tidak sepanjang pengambilan pil hormon, lazimnya bergantung kepada kadar hormon dan faktor-faktor pemicu yang lain.
Yang jelas sekiranya anda mengalami
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
Sila berhenti mengambil pil hormon dan merujuk segera ke doktor anda.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.