
Sulit
4 tahun
Period tak datang 2 bulan setengah
Hi, saya ingin tanya mengenai period saya yang tak datang sudah 2 bulan setengah. Sudah hampir 10 ujian kehamilan saya sudah lakukan dan keputusan adalah negative. Hubungan intim kami mengguna kan kondom sebagai family planning. Anak saya yang paling kecik 7 bulan. Selepas bersalin period saya adalah teratur. Kadang2 ada merasa seperti senggugut seperti mahu period, tapi tak juga datang bulan. Saya tak ada ambil apa apa ubat. Dan anak saya sudah lama tidak menyusu badan. Harap doctor boleh bantu dan terang kan kemungkinan masalah saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.