
Sulit
4 tahun
Period tak datang lebih dari 2 minggu, rasa simptom kehamilan tapi cek upt negatif
Saya wanita berusia 24,sudah berkahwin. Saya nak bertanya serba sedikit kepada doktor, saya dah 2 minggu period tak datang tapi pelik bila cek upt negatif. Kalau saya pregnant,kemungkinan sekarang dah masuk 6 minggu 3 hari. Adakah saya patut ambil ujian darah? Bulan lepas saya ‘bersama’ dengan suami waktu subur,harap benarlah sangkaan dan naluri saya pregnant. Sebelum ini belum pernah period lambat datang lebih dari dari sebulan atau tidak datang langsung.

4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt.
Penyebab negatif upt yang salah
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Untuk makluman anda, haid lewat lebih 14 hari terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
kehamilan
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah polycystic ovarian syndrome
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Anda risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!