
Sulit
3 tahun
Period tak datang lepas ambil peracang
Saya wanita dalam usia ke 30 tahun.Saya sebelum ini ada masalah kesihatan berkaitan dengan jantung,kemudian saya pergi dapatkan rawata doktor sarankan saya ambil suntikan perancang atas faktor keselamatan.Masalah period saya sebelum ambil suntikan perancang memang teruk ada kalanya 7bulan tidak datang kemudian ambil ubat jalan period baru jalan,kalau tidak ambil ubat period akan berhenti,hujung bulan 2/21 saya ada ambil suntikan perancang namun seminggu selepas ambil saya dapati ada cecairan warna choklat gelap namun saya anggap ia tanda² datang bulan namum selepas tunggu masih tidak datang,Kemudian cecair chocklat masih keluar seminggu 4x keluar,Hingga masuk ramadan ia masih keluar,adakan saya masih boleh berpuas dan solat??? Saya konfius sangat harap doktor dapat membantu saya. TERIMA KASIH.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala lendiran atau tompokan berwarna coklat yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan kitaran haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca keluarnya cecair coklat dari faraj. Antara punca utama termasuk:
- Ovulasi
- Perimenopaus
- Kehamilan
- Tisu endometrium
Atau ia juga boleh disebabkan oleh
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah kesihatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.