Anonymous
6 tahun
Period tak datang selama 6 bulan
Saya berumur 23 tahun,belum berkahwin…sy selalu tidak datang period selama 6 bulan .apa penyebab tak dtg period…?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Menjawab pertanyaan anda, ada banyak hal dan proses yang mempengaruhi menstruasi seorang wanita. Terlebih dahulu, perlu difahami bahawa kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Oleh itu, kitaran haid boleh dikatakan tidak normal apabila haid datang lebih daripada 38 hari. Hal ini boleh terjadi pada kehamilan atau dapat disebabkan oleh pelbagai perkara lain antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

























