
Sulit
4 tahun
Period tak datang setelah 4 bulan
Saya mmpunyai kitaran haid 3 bln sekali. Namun bln ini adalah bulan keempat saya tdk dtg haid. Utk makluman tarikh period sy adalah 14-16hb. Sy juga telah berkahwin. Apabila sy cek upt ianya negatif. Mohon pencerahan adakah sy hamil atau perlukan rawatan dari doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak datang 4 bulan. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 21-40 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Secara purata, kebanyakan wanita pernah mengalami haid lewat sekurang-kurangnya satu kali dalam hidup mereka. Ia boleh berlaku atas faktor kenaikan dan penurunan kadar hormon dalam badan wanita. Haid lewat dapat disebabkan oleh pelbagai faktor.
Antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon -dipengaruhi pelbagai faktor seperti stress
- gaya hidup yang terlalu aktif
- berat badan bertambah atau berkurang secara mendadak
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Jika anda ragu-ragu akan keputusan UPT yang anda lakukan, anda boleh pergi kemana-mana klinik berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan susulan untuk kepastian.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid yang lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!