Sulit
4 tahun
Period tak datang tapi sakit
Hi,saya umur 22 tahun. Sejak seminggu ni saya rasa sakit perut yang seminggu nak dtg period. Saya rasa period saya tak keluar ibarat dinding tu tak bagi period keluar. Dua hari lepas ada darah setelah saya melakukan hubungan seks,setelah itu sampai ke hari ni tiada darah keluar tapi saya mengalami kesakitan period
4 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Oleh kerana perdarahan terjadi baru pertama kali setelah berhubungan, adalah dikhuatiri sekiranya terdapat masalah kesihatan lain yang mendasari keluhan anda ini. Memandangkan anda juga telah mengambil ubat antibiotik dengan pessari, maka dikhuatiri terdapat masalah selain jangkitan yang sedang berlaku. Justeru, adalah digalakkan untuk anda merujuk masalah ini kepada doktor.
Merujuk kepada haid yang tidak keluar-keluar, harus dimaklumkan bahawa rasa sakit bukanlah petanda haid akan datang. Akan tetapi, anda harus menjelaskan tarikh-tarikh haid anda pada kitaran sebelumnya
Bagi mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.