
Sulit
5 tahun
Period tak dtg lebih 2 bln
Saya umur 25 tahun dah berkahwin 6 bln. Period last saya 4/6/19. Dah banyak kali cek upt tapi result negatif. Dua tiga kali jgk rasa mcm senggugut mcm nak period, cramp tp period tak keluar.
Sblm 4/6/19 tu saya dah pernah cek scan cyst fibroid result okay takde.
Apakah kemungkinan lain ye doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat datang yang anda alami boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Endometriosis - pertumbuhan lapisan dinding rahim di kawasan lain
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.