
Sulit
4 tahun
Period tak teratur dan masalah lain2
Saya nisha umur 27 thn…sy ada 2 ank dan ada masalah period…sekarang doc telah beri sy pil norcorlut utk stop period sy…pada hari 1,2,3 sy mkn ok jak…tapi masok hari keempat dan kelima sy berasa lesu letih mual dan menggigil kdg2… saya tak tahu apa yg berlaku dengan diri saya…rasa lapar dan ingin makan tapi bila makan rasa loya dan nak muntah…xmungkin la saya hamil sebab period sy xteratur,pd 23.12 sy tlah ke klinik dsebabkan period yg tlalu lama dan darah tlalu byk…sy binggung skrng ni…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid tidak teratur. Ianya mungkin suatu yang normal bagi para wanita untuk mengalami haid yang tidak teratur sekurang-kurangnys sekali dalam kehidupan mereka. Namun, haid yang tidak teratur juga boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Gejala yang anda alami boleh jadi kesan daripada ubat tersebut atau masalah penyakit lain. Sekiranya gejala ini berterusan, sila ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!