Sulit
3 tahun
Period tidak datang pada hari kebiasaan setelah memakan pil perancang yang diberi
Saya berusia 23 tahun pada tahun ini. Saya mengalami period yang panjang sejak mula datang haid (10-15 hari period). Pada Ogos 2019, saya mula mengalami masalah di mana setelah period saya berhenti, saya akan datang bulan selang seminggu selepas period panjang lagi untuk 3 hingga 5 hari. Pada Ogos tahun lepas saya telah berjumpa doktor dan diarahkan untuk memakan pill yang bernama progyluton selama 6 bulan (bermula Ogos). Untuk tempoh tersebut, period saya mula teratur dan sentiasa datang pada tarikh yang sama. Tetapi setelah tamat memakan ubat tersebut pada bulan ini, period saya masih belum datang dan telah pun lewat untuk 3 hari dari tarikh kebiasaan. Saya tiada teman lelaki dan tidak terlibat dalam mana-mana hubungan yang melibatkan seksual. Adakah saya patut makan semula ubat tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Memandangkan anda pernah mendapatkan rawatan daripada doktor untuk masalah ini, disarankan untuk anda berjumpa semula dengan doktor anda dan menyatakan masalah yang anda sedang hadapi. Hal ini kerana hanya doktor anda mempunyai maklumat lengkap mengenai tahap kesihatan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.