
Anonymous
5 tahun
Period Tidak Datang Selama Sebulan
saya wanita berumur 20’ an dan saya belum berkahwin. Saya sudah sebulan lewat datang period. Saya juga tidak pernah melakukan apa-apa aktiviti seks bebas. Saya ada merasakan simptom period akan keluar seperti sakit di sekeliling bhgn pinggan ke bawah. Tetapi ianya seakan sakit sahaja tanpa keluar haid. Perlukah saya makan ubat pecah darah? atau ada rawatan lain yang perlu saya lakukan?
Terima kasih doktor…harap boleh bantu saya cari jalan penyelesaian.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa punca yang akan melambatkan haid, Antaranya ialah:
- Umur
- Berat badan dan diet
- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Ubat-ubatan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih