
Sulit
5 tahun
Period tidak teratur dan berpanjangan
Saya berusia 29 tahun dan baru lepas bersalin anak kedua pada August 2019 yang lalu.Selepas sy melahirkan anak, period saya tidak teratur dan berpanjangan…
saya start period semula pada
9/10/2019 selama 6 hari
29/10/2019 selama 5 hari
10/11/2019 selama 6 hari
23/12/2019 selama 9 hari
06/01/2020 sehingga hari ini 16/01/2020
kini perut rasa tidak selesa…Apakah yg boleh sy lakukan utk mengatasi masalah ini…??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Sekiranya haid and lebih lambat daripada 38 hari, kemudian lebih cepat daripada 24 hari, atau berlangsung selama lebih 8 hari, kesemua keadaan ini dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Kondisi ini dapat disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.