
Sulit
2 tahun
Period tidak teratur dan cyst
Period last saya pd 31/8 - 7/9. Now 3/10 dan tidak datang period. Tidak pernah mengalami period yang macamni. Adakah haid sy normal? Saya jugak ada melakukan hubungan seks akan tetapi saya dah check but negative. Saya juga pernah mengalami cyst dan ambil ubat oralcon atas nasihat dr. But saya dah stop makan ubat since January. What should i do

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hamil
Pertama sekali, sila klik pada link untuk mengetahui bagaimana menggunakan ujian kehamilan dengan tepat.
Ujian ini lebih sesuai digunakan dalam seminggu atau 2 minggu selepas lewat datang haid.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.