
Sulit
5 tahun
Period yang datang 1 bulan 3 kali
sy wanita berumur 26tahun dan berkahwin…selepas sy melahirkan anak kedua sy tak period sehinggala umur anak sy 1 thun bru period…dan period akan datang sebulan 3 kali…boleh beri pnjelasan doc…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, kitaran haid yang normalterjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari.
Haid yang tidak teratur dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Kondisi ini dapat disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanserrahim
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info dan maklumat tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall)untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.