
ulairafie
2 tahun
Perlu kah membuat ujian covid19
Anak saya berumur 10tahun dan mengalami demam nnsakit tekak semenjak 3hari lalu. Sejarah kontak dengan pesakit covid19 tidak ada cuma pernah menghadiri majlis yg mana guru2 telah diminta untuk membuat saringan covid19.
Perlukah anak saya juga membuat saringan tersebut.?
Sempornah, sabah.

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID-19 terhadap anak anda. Untuk makluman anda, demam dan sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selaim COViD-19. Antaranya:
- jangkitan virus ‘common flu’
- radang tonsil
- radang pharynx
Namun anda perlu untuk memastikan sama ada anda benar-benar perlu untuk menjalani ujian ini. Sila nilai risiko anda melalui kuiz berikut:
- Anak anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Kenali Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Sekiranya anak anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini