fashaisha
6 tahun
Perlu kah saya makan emergency pill sekali lagi slps hubungan sex yg seterusnya
Saya 23,nak tanya, perlukah saya makan emergency pill sekali lagi slps hubungan sex yg seterusnya? Kerana sehari sebelum itu saya sudah pun makan postinor 2 . Dan selepas itu saya dan suami mengadakan unprotect sex dengan tembak luar. Jadi adakah saya perlu makan emergency pill lagi?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan ubat perancang kecemasan Postinor 2 hanyalah disarankan untuk penggunaan sekali sahaja dalam 1 kitaran haid. Ianya tidak digalakkan untuk penggunaan kerap kerana dosnya yang sangat tinggi. Untuk menjawab soalan anda, pengambilan 2 tablet dalam 72 jam pertama selepas hubungan kelamin dapat mengurangkan peluang kehamilan. Sekiranya anda sedang menyusu, tempoh penyusuan itu sendiri bertindak sebagai pencegah kehamilan semula jadi namun ianya mungkin tidak sebaik yang diharapkan bagi sesetengah orang. Anda boleh mengambil ubat ini sekiranya anda baru sahaja melakukakan hubungan intim dengan suami anda, namun sekali lagi anda diingatkan untuk mencari perancangan keluarga yang biasa kerana dos Postinor 2 ini sangat tinggi dan akan memberikan kesan kesihatan kepada anda. Sekian.



































