
Sulit
5 tahun
Perlu ke hospital untuk test darah bagi kesan covid19?
Salam sejahtera,
Sy berumur 29 tahun, lelaki.
Okay, begini sejarah perjalanan sym pada 14 dan 17, sy telah jalan2 di sandakan sebab pada masa ini belum ada kes covid19 dilaporkan. Pada wakyu itu juga, jemaah tablig telah balik ke sabab memandangkan acara itu selesai 1mac. Dan ada kemungkinan, mereka ada jalan2 di bandar sandakan sebab mereka juga tak pasti status kesihatan mereka. Jadi ada probability berjumpa atau berselisih dgnnmereka dengan mereka pada 14/15 hb.
Apa bila balik dari sandakan, beberapa hari lepas tu timbul kes di sabah. Sy semakin risau jika ada berselisih dengan mereka semasa berjalan2 di sandakan.
Jadi sy menunggu 14 hari untuk sentiasa cek kesihatan.
Pada 29march, 14 hari dari last sy keluar sandakan telah balik dari sandakan. Tiba2 beberapa simptom timbul.
- Demam panas tiada, paling tinggi 36.7 degree c
- Batuk2 memang ada sampai sakit tekak nak menelan dan suara serak, kahak jadi kenyal dan hijau.
- Sesak nafas ada terutama waktu malam, bila sy berusaha nafas dengan normal, akan timbul batuk2 yang sangat susah kawal dan sakitkan dada. Tapi bila siang, sesak nafas jadi tiada.
- Sy ada asma, dan bila masa sesak nafas akan makan pil asma dan akan kurang sedikit batuk2 tu. Sy ada terbaca yg org asma risiko jangkitan tinggi, ini yg menakut-nakutkan sy.
- Sy ada mengunakan stetoskop untuk mendengar bunyi dada sy ketika bernafas tetapi tiada bunyi sumbang kedengaran la. Tiada bunyi seperti bunyi nyaring masa tarik nafas.
Oleh itu, adakah sy mempunyai risiko kena virus?
Perlukah sy ke hospital untuk melakukan ujian darah kerana ujian itu lebih tepat daripada menunggu datang simptom saja. Sebab bila sdh simptom menjadi kritikal, sudah terlewat untuk merawat.
Adakah sy blh pergi hospital untuk ujian darah menggunakan reagen supaya mendapat keputusan lebih awal dan dapatkan rawatan? Manatau ada masalah selain covid19 kepada paru2?
Adakah sy dipayan di hospital bila datang sana ataupun terus disuruh pulang selepas disoal jawab tanpa ujian darah?
Sebab ada sy terbaca, orang yg tiada simptom juga blh menjadi pembawa virus, blh dikatakan silent killer. Ini yg bahaya sebab kalau xda simptom, tiada ujian terus dikakukan dan org tersebut balik rumah dan jangkiti ahli keluarga tanpa diketahui nya.
Sekian terima kasih
Regards,
Manusia yang penuh perhatian.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Gejala sukar bernafas boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain COVID-19. Antaranya:
- Asma
- anemia
- pneumonia
- COPD
- Tuberkulosis
Sukar bernafas akibat COVID-19 berlaku bila-bila masa sahaja dan kesukaran bernafas akibat Asma berlaku pada waktu malam.
Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Hospital kerajaan ada menyediakan ujian saringan secara percuma, namun, jika anda tidak berisiko tinggi, anda akan dihantar pulang dan tidak disaring. Hal ini kerana ujian itu perlu mendahulukan golongan yang berisiko tinggi seperti sejarah perjalanan keluar negara dan kontak rapat.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini