
Sulit
3 tahun
Perlu mandi wajib atau tidak?
Hi. Saya berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Saya kadang bermain dgn klitoris sy utk rasa puas, dan its happen only like 5min. Cecair yang keluar waktu tu air mazi atau air mani ye ? ciri2 cecair jernih, lekit, tidak berbau. Kadang keluar juga cecair ni bila sy tngk movie scene sex or kissing. Perlu atau tidak sy mandi wajib ? Boleh doktor share?
Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Namun, kami tidak dapat memberikan kepastian mengenai cecair yang anda terangkan. Ada kemungkinan ia adalah cecair faraj (vaginal fluid) yang keluar semasa terangsang atau cecair lain seperti air kencing, atau keputihan.
Mengenai soalan anda tentang mandi wajib, sebaiknya anda merujuk kepada ustazah yang lebih berpengalaman untuk mendapatkan nasihat.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.