
Sulit
4 tahun
Perlukan ambil postinor 2?
Maaf bertanya, agak mendalam sedikit. Saya bersama suami tetapi zakarnya tidak masuk sepenuhnya dan tidak pancut di dalam. bolehkah saya makan postinor? Atau saya tak perlu ambil. Kami masih belum sedia untuk dapatkan anak. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Kami faham situasi anda dan suami. Untuk makluman anda, masih terdapat peluang untuk anda mengandung kerana air mazi juga mempunyai sperma walaupun kuantitinya sedikit dan berkemungkinan terdapat sedikit air mani yang terlepas tanpa anda atau suami anda sedar.
Jika anda ingin merancang keluaga dan masih belum bersedia, anda boleh mengambil Postinor sebagai langkah awal pencegahan kehamilan dan anda perlu mendapatkan nasihat daripada pegawai farmasi atau doktor untuk mengambil pil ini.
Berikut adalah cara-cara pengambilan pil Postinor-2 (pek 2 tablet):
- Ambil tablet/dos yang pertama secepat yang mungkin dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seksual
- Tablet kedua pula diambil 12 jam selepas tablet/dos pertama
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik.
Sekiranya postinor diambil secara kerap, terdapat beberapa kesan sampingan yang biasanya berlaku seperti :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan
Antara kontraindikasi (baca: syarat-syarat tidak boleh digunakan) pil Postinor-2 adalah:
- Kehamilan
- Masih menyusu anak bayi
- Terdapat perdarahan kelamin (baca: istihadah)
- Gangguan organ hati
- Sejarah alahan pada ubat
- Telah melakukan hubungan seks melebihi 72 jam sebelumnya
Selain itu anda boleh menasihati pasangan anda untuk menggunakan perlindungan dan berkomunikasi secara baik bersama pasangan anda.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami ( DoctorOnCall ) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian bersama doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.