
Sulit
4 tahun
Pernafasan kurang lancar seperti biasa dan disertai sakit dada di bahagian kiri sekitar perut setelah batuk untuk tempoh yang lama
Saya wanita berusia 23 tahun. Pada awal tahun ini saya telah membuat ujian TB dan disahkan negatif. Sekarang saya sekali lagi batuk lebih 3minggu dan hari ni pernafasan saya kadang seperti teresak lepas menangis. Saya kurang pasti kenapa jadi begitu. Tekak saya rasa pedih dan payau. Dada saya di bahagian bawah kiri (kawasan perut) juga pedih dan badan saya rasa sangat letih. Saya bimbang bila pernafasan seperti esakan menangis. Terima kasih atas penjelasan lanjut dari pihak doktor.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya masalah sesak nafas anda tidak mengganggu aktiviti harian anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.