Sulit
5 tahun
Pernah melakukan hubungan intim dengan kekasih
saya pernah berhubungan seks dengan teman wanita saya…kemudian apabila saya hendak pancut luar… saya dapati air mani saya cair dan juga saya tidak pancut didalam.adakah ini boleh menyebabkan kehamilan jugak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan seorang wanita. Kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari). Maka, sekiranya anda melakukan hubungan pada tempoh tersebut, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi. Seandainya anda melakukan hubungan di waktu yang tidak subur, maka tiada ovum yang dikeluarkan, sehingga persenyawaan antara ovum dan sperma untuk membentuk embryo tidak dapat terjadi. Mungkin tidak, tetapi ia bukanlah mustahil. Peluang wanita untuk hamil juga bergantung kepada berapa pendek kitaran haid dan berapa panjang tempoh haid wanita berlangsung.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Kemungkinan untuk teman wanita anda mengandung masih ada walaupun anda tidak pancut ke dalam. Hal ini kerana terdapat kemungkinan sperma boleh didapti dalam cecair pre-cum (air mazi).
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

































