
Sulit
5 tahun
Peroid tidak datang
Saya wanita telah berkahwin dan berumur 25 tahun . Semenjak saya berkahwin setahun yang lalu saya mengalami simtom dimana peroid saya hanya turun 2-3 titik darah dalam satu hari selama 6 hari dalam satu bulan , kadang kala tidak datang selama satu bulan .
Pada masa remaja saya mengalami dimana period datang dengan banyak sedikit sebanyak keadaan ini merunsingkan saya . Apakah yang perlu saya buat dan adakah saya tidak normal untuk mendapatkan baby ? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.