Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Ramzdhan
Assalamualaikum. Saya berusia 23 tahun. Saya pernah ditahan wad selama 2 minggu ketika berusia 17 tahun. Dan Doktor pasang tiub salur kencing kepada saya. Ada satu hari tu. Saya tak tahan nk buang air besar. Saya paggil nurse nak minta tolong cabut kan tiub salur kencing tersebut. Tp nurse agak busy waktu tu. Jadi saya tergesa ke tandas. Dan telah berlaku pendarahan yang keluar banyak dari dubur semasa saya baru hendak mencangkung. Dan ketika itu saya dpt rasakan seperti ade jarum yang mencucuk kedalam dan sangat sakit. Saya igt lagi masa tu sy nampak darah berketul keluar dari dubur saya. Dan ada bau yg lain skit. Persoalan saya, adakah incident itu boleh menyebabkan saya kehilangan selaput dara:sob:,??? Tragedi itu tak pernah saya lupakn sehingga kini. Dulu ada kawan saya tertepuk punggung saya. Kemudian dia tanya fengan pandangan tajam,kenapa punggung kau lembik tak pejal. Saya hanya mampu diam dan serentak terus teringat incident yg pernah berlaku semasa ditahan wad suatu ketika dulu. Hanya Allah yang tahu betapa sakit dan sedihnya hati saya. Saya hanya pendam sahaja.. Minta tolong jawab persoalan yang saya sendri belum jumpa jawapannya.
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tiub salur kencing tidak dimasukkan untuk memudahkan anda kencing dan ia tidak di masukkan ke dalam lubang faraj anda. Selaput dara yang juga dikenali sebagai hymen . Selaput dara adalah sejenis daging nipis yang terletak pada pembukaan faraj anda. Tiada komplikasi tiub salur kencing boleh menyebabkan pendarahan pada bahagian faraj melainkan pendarahan pada pundi kencing. Namun begitu, darah yang keluar mungkin boleh disebabkan oleh kedatangan haid, ataupun boleh disebabkan selaput dara yang terpecah ketika melakukan aktiviti yang lasak.
Sekiranya anda mengalami pendarahan yang berlangsung secara beberapa hari, kemungkinan besar ia disebabkan oleh kedatangan haid pada bulan itu. Namun, sekiranya ia merupakan pendarahan yang sekejap atau hanya ketika waktu itu, ia boleh disebabkan oleh selaput dara yang pecah.
Pemecahan selaput dara selain daripada hubungan seks, ia boleh disebabkan oleh aktiviti yang terlalu lasak sehingga menyebabkan lubang hymen tersebut terbuka sedikit, namun tidak sebesar malam pertama bersama dengan suami.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.