
larennajeffreson
5 tahun
Pertama kali berak berdarah cair
Salam Doc… Saya wanita berumur 27thn. Ketika saya membuang air besar, tiba2 darah keluar dari dubur saya. Darah tersebut cair tetapi dalam kuantiti agak banyak (bukan titis2) dan ianya tidak bercampur dengan najis. Saya cuba teran lagi tetapi tiada najis yang keluar melainkan sedikit darah shj. Kemudian, tiada apa yg keluar (tiada najis, tiada darah). Saya sangat risau kerana ini adalah pertama kali kejadian ini berlaku pada saya. Utk makluman, saya seorang penggemar kopi (3-4 cawan sehari) dan kurang memakan sayur/buah. Adakah ini penyebabnya? Apakah tindakan susulan saya? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berak berdarah boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Buasir ialah apabila saluran darah berdekatan dinding dubur membengkak
- Divertikulum adalah masalah dalam usus yang mana dinding usus seperti melekuk-lekuk
- Inflammatory bowel disease merupakan suatu keadaan yang mana usus mudah meradang
- Kanser usus biasanya terjadi pada orang yang mempunyai riwayat keluarga dengan kasner
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor khususnya sekiranya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.