
Sulit
4 tahun
Pertama kali period berketul
Umur 24 tahun. Bujang. Tinggi 153cm. Berat 45kg. Ini pertama kali saya period berketul tapi kuantiti sedikit. Period biasa hanya 5-6 hari sahaja. Tak pernah overflow. Kuantiti biasa sahaja. Adakah saya perlu checkup? Apa punca dan cara mengatasi masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang berketul. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh baki haid yang tertinggal di dalam rahim ketika kitaran haid yang lepas. Tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh kondisi lain seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- Penyakit pendarahan
- Endometriosis
- Ketumbuhan rahim
Berdasarkan kondisi di atas, ianya memerlukan pemeriksaan fizikal lebih lanjut oleh doktor. Namun bagi permasalahan dengan ketidakseimbangan hormon yang mungkin diakibatkan oleh tekanan stres kalangan remaja dan juga faktor pemakanan. Nasihat saya, anda boleh mengamalkan pemakanan yang seimbang, kurangkan pengambilan makanan berminyak dan makanan segera. Banyakkan makan sayur-sayuran serta buah-buahan dan minumlah 8 gelas air putih sehari seperti yang direkomendasikan. Untuk penanganan stres, anda boleh merehatkan minda seperti bersenam ringan dan juga rehat/tidur yang cukup.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid yang berketul? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!