Sulit
4 tahun
Pertama Kali Period Tidak Datang Selama 3Bulan
Salam doc . saya berumur 18 . sudah 3bulan period saya tak datang . hanya rasa sakit yang saya rasa . sebelum ni period ada datang tapi hanya sehari lepastu period dah tak datang lagi sampai sekarang . bila tiba masa period tu hanya ada rasa sakit tapi darah period tak keluar
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah haid lewat, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari (PCOS)
- Umur: Remaja dan wanita perimenopaus sering mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur
- Ketidakseimbangan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penggunaan ubat-ubatan atau bentuk perancang yang lain
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentanghaid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dihadapi oleh anda. Anda perlu membuat pemeriksaan dengan doktor supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran dan aliran haid anda supaya anda dapat melihat bentuk kitaran haid anda dan boleh menjadi rujukan doktor sekiranya anda membuat temu janji.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.

























