
Sulit
4 tahun
Pertanyaan Keputusan Rapid Test
Saya lelaki dan semasa window period. Saya telah melakukan HIV Rapid Test yang beli dekat lazada dan test pada hari ke-38. Dan adalah negatif. Adakah keputusan ini benar dan berapa peratus yang benar? Mohon bantu.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, apabila berbincang tentang HIV, terdapat window period HIV yaitu tempoh waktu diantara dijangkiti (melalui aktiviti berisiko dan sebagainya) sampai antibodi HIV terdeteksi dalam darah. Window period bagi setiap orang adalah berbeza-beza, namun rata-rata adalah sekitar 3 minggu. Terdapat dua cara mendeteksi iaitu:
“Rapid test kits” adalah cara ujian HIV yang cepat di mana keputusan dapat diketahui dalam masa 30 minit. Kit tersebut menggunakan sampel air liur atau darah. Jika keputusan ujian “rapid test kit” menunjukkan “reactive” atau positif, ia bermaksud anda mempunyai jangkitan HIV dan perlu menjalani ujian darah untuk mengesahkan keputusan ini. Jika ia menunjukkan “non-reactive” atau negatif, anda perlu menjalani ujian yang sama dalam masa enam bulan.
Analisa darah: Sampel darah tersebut akan dianalisa untuk mengesan antibodi kepada HIV. Ujian ini efektif dalam mengesan HIV tiga minggu selepas seseorang dijangkiti HIV kerana sebelum tempoh waktu ini antibodi mungkin masih belum terbentuk sepenuhnya. HIV dapat dikesan antara tiga minggu ke enam bulan. Fasa ini dikenali sebagai ‘window period’.
HIV juga dikenali human immunodeficiency virus yang mana virus ini dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah.
Sekiranya anda telah melakukan hubungan dengan sesorang yang merupakan penghidap virus HIV, langkah terbaik adalah melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status HIV dengan bantuan pihak kesihatan.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih