
Sulit
4 tahun
Pertanyaan sama ada hiv akan menyerang pada masa dwpan
Saya wanita berumur 23 tahun (1998).dulu ayah meninggal sebab aids pada 2002. Dan mak kene tb pada 2003.pada masa ayah meninggal,saya berumur 5 tahun dan abang 6 tahun.Selepas ayah meninggal, saya, abang dan ibu pergi tes hiv untuk beberapa minggu dan result adalah negatif.Adakah saya dan abang possible untuk dapatkan virus hiv sekarang atau pada masa depan? Terima kasih sudi membaca

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang potensi penyebaran HIV/AIDS. Penyakit ini juga dikenali sebagai Human Immunodeficiency Virus & Acquired Immunodeficiency Syndrome yang mana sesebuah virus yang amat berbahaya dapat menjangkiti dan menyebar ke manusia yang lain melalui kontak dengan seseorang yang sudahpun terjangkiti sebelumnya.
Antara kaedah penularan virus ini secara khususnya termasuk
- transmisi cairan tubuh seperti darah
- berkongsi jarum suntikan
- hubungan seks.
Umumnya tanda-tanda seseorang itu telah dijangkiti HIV pula termasuk
- sering demam & mengigil
- terdapat kesan-kesan ruam pada kulit.
- berpeluh pada waktu malam .
- sakit-sakit otot
- kering atau sakit tekak
- lemah tubuh badan .
- pembengkakan saluran limfa
Justeru itu, sekiranya anda tidak mempunyai sebarang gejala di atas, saya sarankan agar anda tidak perlu terlalu khuatir. Sebaliknya juga, anda boleh mendapatkan bantuan kaunseling & pendapat doktor di klinik mahupun melakukan pemeriksaan saringan HIV sekali lagi sekiranya masih was-was di masa akan datang.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
DIsamping itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda sekeluarga, saya sarankan agar anda bertiga sekurang-kurangnya melakukan pemeriksaan kesihatan (medical checkup) setahun sekali bermula dari saat ini. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.