
Sulit
4 tahun
Pertanyaan tentang Elisa HIV Test
Hello Dr saya ada soalan serius pasal HIV saya telah membuat HiV Elisa Test yg memerlukan saya mengambil darah dari tangan. Saya buat elisa test tuh setelah 2 minggu pendedahan terakhir saya terhadap aktiviti berisiko dan keputusan bagi Elisa test saya tuh adalah negatif. Soalan saya adakah keputusan itu sudah cukup menyatakan saya tidak menghadapi HIV? Mohon pencerahan saya perlukan bantuan dah sebulan asyik risau.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai masalah anda. Untuk pengetahuan anda, Enzyme Linked Immunosorbent assay ataupun ELISA merupakan ujian yang biasa digunakan untuk mengesan antibodi HIV. Kebanyakan masa, keputusan ujian ini akan memberikan keputusan yang tepat. Tetapi ia juga bergantung kepada sampel yang diambil dan ia juga akan mempengaruhi keputusan ujian tersebut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut dan juga berbincang dengan doktor mengenai masalah yang dialami oleh anda.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda juga boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi dan mendapatkan pandangan kedua. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.