Anonymous
7 tahun
Pertanyaan tentang pil yasmin
hello doc…saya mengambil pil perancng yasmin… dan rehat selama 7hari… pada hari ke 4 saya period sehingga hari ke 7 belum bersih… dan hari ke 8 telah bersama suami belum makan 1st pil sbb selalu jam7pm baru mula mkn…ada kemungkinan boleh megandung tak???
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Setelah berhenti mengambil pil perancang yasmin, biasanya akan mengambil masa beberapa bulan kerana badan kita sedang mempersesuaikan diri dengan perubahan level hormone dalam badan kita.
Untuk makluman puan, risiko untuk hamil adalah amat rendah sekiranya pil perancang diambil dengan tetap masa dan cara yang betul. Apabila puan berhenti, risiko untuk hamil masih ada, namun tidak setinggi jika dibandingkan tanpa menggunakan pil.
Untuk pengetahuan anda, 1 strip pil perancang yasmin mempunyai 28 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Pil yang pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil yasmin mengelakkan kehamilan. Sekiranya anda terlupa satu hari, ambil satu sebaik sahaja anda ingat. Jika anda tidak ingat sehingga keesokan harinya, teruskan dan ambil 2 pil pada hari itu. Jika anda terlupa mengambil pil anda selama 2 hari, ambil 2 pil pada hari yang anda ingat dan 2 pil pada hari berikutnya, 1 pil hari seterusnya.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai pil perancang, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































