
Sulit
3 tahun
Perut kembung dan batuk malam hari
Saya umur 34 tahun… Perut saya selalu rasa kembung selepas makan… Dan malam semasa tidur saya selalu terjaga batuk dan banyak kahak… Badan saya pula sejuk tapi berpeluh… Buang air pun kurang lancar selalu nak buan air besar tapi sedikit cairan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh masalah pada sistem pencernaan, contohnya:
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Penyakit gastrik
- Penyakit ulser peptik
- Sindrom iritasi usus
- Jangkitan usus
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.