
Sulit
3 tahun
Perut rasa menegang di kawasan czer
Saya wanita, 22 tahun, tahun lepas saya menjalani czer semasa melahirkan, akhir² ni saya sering merasa perut menegang semasa buat kerja rumah, lagi² area czer tu rasa pedih² dan kerap sakit pinggang,untuk pengetahuan, saya sudah tidak period dlm 4 bulan sebab stop depo, trima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit luka operasi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- metritis ( keradangan rahim )
- abses pelvis
- jangkitan bekas luka operasi
Seandainya terdapat gejala tambahan seperti demam dan berbau, kemungkinan besar adalah terdapat jangkitan di tempat operasi. Justeru, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor agar dapat diberikan rawatan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.