
Sulit
5 tahun
Perut sebu dan tidak selesa
Hye, saya ingin bertanya mengenai situasi saya sekarang. Sejak kebelakangan ini, perut saya sering terasa sebu dan terasa banyak angin. Terutama selepas makan. Kadang kala, jika rasa itu begitu kuat boleh mengakibatkan rasa mual. Saya juga sering sendawa. Untuk maklumat, saya juga mempunyai masalah gastrik. Cuma kebelakangan ini saya rasa seperti ada angin dalam perut yang mengakibatkan tubuh jadi lemah dan badan lebih suka berehat. Saya juga ada mendengar tentang GERD. Adakah situasi saya sekarang ni berkait dgn GERD? GERD itu apa? Boleh doktor rumuskan? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Asid refluks (GERD)- Penyakit gastroesophageal reflux disease ini disebabkan oleh otot yang memisahkan esofagus dan perut menjadi lemah. Keadaan ini membenarkan kandungan makanan beserta asid mengalir kembali (refluks) ke organ esofagus dan menyebabkan iritasi. Jika hal ini berterusan, sel di permukaan esofagus akan mengalami perubahan untuk beradaptasi kepada iritasi tersebut. Perubahan ini dikenali sebagai esofagus barret dan merupakan risiko kepada kanser esofagus.
- Penyakit ulser perut
- Masalah hempedu - seperti radang hempedu, jangkitan dalam hempedu, batu karang
- Masalah organ pankreas - menyebabkan ketidakhadaman dan ketidakselesaan
- Penyakit jantung - sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, kencing manis atau sejarah kekeluargaan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.